بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ
Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan [Al-'Alaq 96:1]

selawat atas Nabi SAW


Al-Imam Ibnul Qayyim dalam kitab “jala’ul afham” menyebutkan ada lebih kurang empat puluh fadhilat berselawat atas Nabi Shallallaahu alaihi wa Salam , di antaranya ialah :

  1. Merupakan bentuk pelaksanaan perintah Allah dan mencocoki terhadap apa yang Dia lakukan berupa shalawat terhadap Nabi Shallallaahu alaihi wa Salam .
  2. Mencocoki para malaikat yang juga menyampaikan shalawat atas Nabi.
  3. Orang yang mengucapkan satu shalawat kepada Nabi Shallallaahu alaihi wa Salam akan mendapatkan sepuluh shalawat dari Allah Subhannahu wa Ta’ala .
  4. Pelakunya akan diangkat sebanyak sepuluh derajat, ditulis untuknya sepuluh kebaikan dan dihapuskan darinya sepuluh keburukan.
  5. Apabila dibaca sebelum memanjatkan do’a, maka akan sangat memungkinkan untuk diijabahinya do’a itu.
  6. Menjadi penyebab untuk mendapatkan syafa’at.
  7. Menjadi sebab untuk diampuninya dosa-dosa.
  8. Merupakan sebab Allah memberikan kecukupan bagi kebutuhan seorang hamba.
  9. Shalawat akan mendekatkan kedudukan seorang hamba dengan Nabi Shallallaahu alaihi wa Salam nanti pada Hari Kiamat.
  10. Shalawat disejajarkan dengan shadaqah kepada orang yang kesusahan.
  11. Shalawat merupakan salah satu sebab terpenuhinya hajat.
  12. Dengan bershalawat kepada Nabi Shallallaahu alaihi wa Salam , maka Allah dan para malaikat juga akan bershalawat terhadapnya.
  13. Merupakan pembersih dan penyu-cian bagi orang yang melakukannya.
  14. Merupakan sebab seorang hamba mendapatkan kabar gembira dengan surga menjelang meninggal dunia.
  15. Menjadi sebab terbebasnya seseorang dari huru-hara pada Hari Kiamat
  16. Nabi akan membalas menyampaikan shalawat dan salam kepada orang yang mengucapkannya terhadap beliau.
  17. Ia menjadi sebab untuk teringatnya sesuatu yang terlupakan.
  18. Merupakan sebab untuk baiknya suatu majlis dan dapat menyelamatkan dari buruknya majlis yang tidak disebut di dalamnya nama Allah.
  19. Menjadi penyebab hilangnya kefakiran.
  20. Meniadakan predikat bakhil pada seorang hamba.
  21. Dapat menjadikan pelakunya terbimbing untuk menuju jalan ke Surga
  22. Menjadikan sebab terpancarnya cahaya bagi seorang hamba, ketika melewati ash-Shirath (jembatan di Hari Kiamat).
  23. Menjadikan seseorang dapat terbebas dari tabiat yang keras dan kasar.
  24. Merupakan penyebab untuk keberkahan terhadap diri, amal dan umur orang yang mengucapkannya.
  25. Menjadikan penyebab untuk mendapatkan rahmat dari Allah.
  26. Selawat dapat menjadikan seseorang terus-menerus mencintai Rasulullah dan bahkan akan selalu bertambah cintanya.
  27. Ia akan menjadikan seorang hamba mendapatkan hidayah dan menghidupkan hati.

Sumber : Kutaib, “Fahlail wa Tsamarat ash-Shalih ‘an Nabi saw,” Al-Qism al-Ilmi Darul Wathan.

Kelebihan dan Khasiat Ayat-Ayat Dalam Surah Yasin


Assalamualaikum dan salam sejahtera . Dengan nama Allah yang maga pemurah lagi maha pengasihani saya mulakan entri kali in Untuk perkongsian kali ini saya ingin kongsikan dengan anda khasiat ayat-ayat surah yassin yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian kita. QURAN ONLINE ..


Ayat 1 - 9 : Untuk keselamatan diri.

Ayat 9 : Orang Jahat Tak Nampak kita terutama orang kafir.

Ayat 12: Merupakan jantung Yaasin - Rasulullah SAW berharap ayat ini dihafalkan oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13 - 35: Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22 - 23 : Untuk menjaga aqidah. Memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29 : Sebgai amalan mengelakan dari di fitnah dan kejahatan mulut

Ayat 29: Untuk digunakan jika kita rasa orang atau aniaya kita. Lebih elok selepas baca dan disemburkan kemuka orang tersebut.

Ayat 30: Untuk keinsafan - supaya dapat dipertemukan dengan Allah SWT (baru berada dihati - beramal dengannya.

Ayat 32: Untuk menginsaf orang lain supaya menjadi baik. Caranya- ingat yang segalanya datang dari Allah SWT. Kita umat Muhammad SAW, Kita orang Islam dan lain-lain.

Ayat 33 - 35 : Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang menanam pokok. Tanaman akan menjadi subur.

Ayat 36 : Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasangan-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya dipertemukan jodoh. Caranya-baca doa hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 : Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38. Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah SWT yang satu.

Ayat 39 : Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40 : Merupakankan kenyataan Allah SWT yang satu.

Ayat 41 : Mengisahkan Nabi Noh A.S naik kapal. Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44. Mengisahkan keseronokan hidup didunia. Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45 - 48: Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah SWT.

Ayat 49 : Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya. Tiupan pertama datang dengan tiba-tiba, Tiupan kedua - Hancur, Tiupan ketiga - semua orang dihidupkan semula dan hadir di padang mashyar.

Ayat 50 : Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.

Ayat 58 : Merupakan salam daripada Allah SWT. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3 X.

Ayat 76 : Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.

Ayat 76 : Jika hati rasa sedih, sebak atau kecewa. sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tersebut.

Ayat 78 - 79 : Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud " dia kata, siapalah yang dapat menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur. Bacalah jika sakit tulang, urat atau patah tulang. Doktor dihospital pun tanya dia untuk rawatan pasien mereka dan Dr Fatimah berikan ayat ini.

Ayat 79 : Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia yang maha mengetahui tentang segala makhluk".

Ayat 82 : Untuk Hajat- Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan diminum selama 40 hari. Boleh jadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tersebut sehingga 40 hari. Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut. Baca pada air (100x) dan berdoa apa sahaja hajat...

Laa Tahzan !!

assalaamu 'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh

muslimin-muslimat .. MUSTAHIL ada manusia tak pernah bersedih .. sedih kan anugerah Allah .. takkan nak bahagia sentiasa sedihnya takde .. persoalannya , camne nak buat sedih tak mengikat diri kita , tak membelenggu kita ?? sampaikan kita menjadi HAMBA kepada perasaan !! hingga manusia hilang pertimbangan & sebagainya .. nauzubillahi minzalik ..

kat sini saya nak kongsi 2 buah bahan bacaan yang 'seru' (indonesia) untuk dibaca


Buku Jangan Bersedih Zikir Munajat &Tazkirah writen by Dr Badrul Amin Bahron .. da VCD lagi .. Kandungan buku ni :
  1. sifat semulajadi manusia
  2. nabi mengajatkan doa
  3. lapan penyakit jiwa manusia
  4. sedih dalam mencari
  5. takut tak dapat
  6. takut hilang
  7. sedih kerana masalah
  8. sedih kerana kesalahan
  9. dosa adalah beban
  10. ujian mengangkat martabat
  11. munajat kepada Allah




muslimin-muslimat .. Kitab Al-Quran kalamullah yang suci .. diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai panduan untuk memimpin seluruh umat manusia ke jalan kebenaran .. membaca tanpa memahami tu kosong .. faham tapi tak mengamalkan tu ermmm .. jadi baca > fahami > amalkan .. moga Allah tak cabut iman dari hati kita & sentiasa dalam pemeliharaanNYA .. Amin .. wassalam ..

Kusandarkan hidup dan matiku padamu Ya Rabb .. amin ..


Lagu tema  blog ni Ketika Cinta Bertasbih nyanyian Melly Goeslow .. Kalau dihayati liriknya sungguh mendalam .. Cinta pada yang Maha Agung bukan cinta pada manusia .. Jangan salah faham ye ..

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta

Ibu ? Isteri ? Anak ?

Who should I give my love to?
My respect and my honour to?
Who should pay good mind to?
After Allah?
And Rassulullah?
COMES YOUR MOTHER
Who next?
YOUR MOTHER
Who next?
YOUR MOTHER
And then your father
Cause who used to hold you and clean you and clothe you
Who used to feed you and always be with you?
When you were sick stayed up all night
Holding you to tight
That's right no other
MY MOTHER
Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think the most of?
After Allah?
And Rassulullah?
COMES YOUR MOTHER
Who next?
YOUR MOTHER
Who next?
YOUR MOTHER
And then you father
Cause who used to hear you before you could talk
Who used to hold you before you could walk
And when you fell
Who'd pick you up?
Clean your cut
NO-ONE BUT YOUR MOTHER
MY MOTHER
Who should I stay right close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah?
and Rassullah?
COMES YOUR MOTHER
Who next?
YOUR MOTHER
Who next?
YOUR MOTHER
And then your father
Cause who used hug you and buy you new clothes
Comb your hair and blow your nose
And when you cried
Who'd wipe your tears?
Knows your fears
Who really cares?
MY MOTHER
Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah for MY MOTHER

menyanyi nasyid la pulak .. lagu My Mother ni dinyanyikan oleh Yusuf Islam .. bukan saya suka je nak taip lirik ni .. ni saya nak habaq  mai noh (loghat penang lah pulak) ..

Sabda Rassulullah SAW "al-Jannatu tahta Aqdami al-Ummahaat." 
Ya, surga itu berada di bawah telapak kaki seorang makhluk yang sama dengan kita, manusia yang melahirkan kita. Emak. Ibu. Ummi. Mother. Indai.


luahan hati seorang adik ..

 adik tiba2 teringat kat along & angah .. kenapa ek adik rasa sedih ?? adik kesal sangat kat abang2 bedua ni .. tadi adik pi cakap2 kat mak .. dah seharian bekerja balik rumah nak tengok mak .. mak letih ke ?? mak sakit ke ?? Alhamdulillah mak rilex2 saje .. tedetik hati adik nak tanya kat mak .. tentang anak2nya ..

adik : mak . antara along & angah ne sorang yang lebih baik ??
 *mak tak jawap terus .. kira2 1minit 30saat barulah mak jawap

mak : tak tau lah dik .. (mak mengambil masa yang lama nak jawap .. tapi jawapannya hanya 2 patah kata "tak tau" .. kenapa mak tak jawap dengan yakin ?? bukankah ibu lebih memahami anaknya ?? )

adik : mak . bagi adik angah lebih baik daripada along ..
*mak buat muka serius nampak macam betul2 nak denga luahan hati anak bongsunya ini ..

adik : walaupun angah tu suka bising2 , mengungkit , merepak (bahasa melayu sarawak) tapi mak , angah tetap tolong mak tolong ayah .. along .. (nada suram) along macam lebih pentingkan isteri & anak2nya lebih dari mak .. sampai hati along cakap along dah da keluarga sendiri  tak dapat nak tolong mak & ayah .. bukankah seorang anak lelaki masih punya tanggungjawap keatas ibubapanya walaupun sudah punya isteri & anak ??
(nampak jelas air jernih begelinangan di mata mak .. mengalir di pipi mak .. )

mak : angah tu kalau bukan sebab anaknya mungkin sama macam along .. (luahan hati mak yang tependam buat hati adik pilu)
*dahla mak yang membesarkan anaknya disuruh lagi ngibun cucu2nya .. tak kesian ke kat mak ?? suruhla isteri sendiri ataupun pengasuh jaga anak .. jangan biakan isteri keluar bekerja hinggakan anak sendiri tebiar .. bukankah lebih baik isteri yang mengasuh anak2 & menunggu kepulangan suami sambil tu bezikir ?? nanti kalau sahsiah anak tu teruk sapa dipersalahkan ?? mak ?? sebab mak jaga ?? astagfirullahalazim ..

adik : doakan angah tak macam tu ye mak .. kalau kak chik pulak adik faham .. dia dah bersuami .. telepas sudah tanggungjawapnya kat keluarga ni .. kak chik perlu taat pada suaminya sebab suaminya yang menangung 100% hidup temasuklah dosa kak chik .. kalau kak chik taat pada suaminya , mak & ayah pun turut dapat pahala sebab dah melahirkan anak yang solehah ..

 adik : harap alang & ateh tak jadi macam along & angah .. mak maafkanlah anak2 mak .. doakan kami jadi anak yang soleh & solehah .. mak .. kalau adik panjang umur adik dah menikah adik nak suami adik pentingkan ibunya lebih dari isteri & anak2 sebab itu yang terbaeeeek .. adik nak dia (suami) tanya ibunya "mak dah makan ?? ada makanan tak??" sebelum tanya isteri & anaknya .. SEBAB IBU LEBIH UTAMA DARI ISTERI & ANAK SELAPAS ALLAH & RASSULULLAH ..

terdengar adzan bekumandang menandakan masuknya waktu maghrib .. masa untuk besungkei ..

depan juadah , masa makan mak mengesat air matanya .. ya Allah derhakakah anak2 mak ?? ampunkan kami ya Allah ..

adik tak berani nak tegur abang depan2 .. nanti dicop kurang ajar .. maafkan adik ye .. adik tau yang menanggung dosa adik adalah ayah & abang2 .. abang mohon ampun dari mak ye ?? dah dekat nak Syawal ni .. adik yakin & pasti sangat2 mak akan ampunkan kita .. insyaallah .. amin ..

note : khas pake ktkorang anak lelaki  

Sarapan Pagi Kuatkan Otak

Petua orang tua-tua, untuk kekal sihat dan langsing, mesti jadikan sarapan sebagai amalan. Lebih awal waktu sarapan, lebih baik. Orang dulu bercakap berdasarkan pengalaman dan berita baiknya, ia disokong kajian sains di seluruh dunia.

Malah, pakar pemakanan juga sependapat; sarapan pagi adalah sumber pertama untuk memulakan hari kita, sebagaimana dituntut dalam Islam untuk bangun bersahur, walaupun ada yang boleh bertahan sehingga menjelang waktu berbuka.

Kajian terbaru menunjukkan, orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan lebih baik.Pemilihan sarapan, terutama yang kaya karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.

Malangnya, ramai meninggalkan sarapan dengan alasan tiada selera makan pada waktu pagi atau tidak sempat (kerana bangun lambat). Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, ada baiknya anda terus membaca untuk mengetahui ‘rahsia’ di sebalik hidangan ringkas yang dipanggil sarapan.

Ada saintis menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak - lebih cergas, peka dan fokus.

Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau tempat kerja; walaupun hanya mengambil sarapan seringan sekeping roti dan secawan kopi.

Rangsang Paras Glukos

Karbohidrat yang diambil pada waktu pagi akan merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B yang diperkaya dalam roti dan bijirin sarapan dikenal pasti mampu memberikan kesan positif kepada fungsi otak.

Kesan lebih ketara di kalangan kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan kaya karbohidrat kompleks ialah mereka boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan lebih baik. Justeru itu, tidak hairan jika pengusaha roti dan bijirin berlumba-lumba menghasilkan produk yang diperkaya dengan pelbagai khasiat dan vitamin.

Kajian dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remaja berusia antara 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan rata-rata jauh lebih langsing dan kurang berdepan masalah berat badan berlebihan. Bahkan, kajian di Amerika Syarikat ke atas 3,000 sukarelawan menunjukkan mereka dapat mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul dengan hanya mengamalkan sarapan.

Walaupun ada banyak pilihan untuk sarapan seperti nasi lemak, mi atau mihun goreng, tetapi ramai lebih suka sarapan ringan dan ringkas. Ini termasuk roti, bijirin dimakan bersama susu serta jus buah yang tanpa disedari membekalkan banyak khasiat seperti Vitamin A, B dan D, zat besi, kalsium serta zink.

Tabiat meninggalkan sarapan lebih kerap berlaku di kalangan orang dewasa kerana tidak sempat dan beranggapan mereka boleh tahan lapar. Bagaimanapun, sikap ini sebenarnya lebih banyak merugikan, terutama kepada mereka yang ingin mengurangkan berat badan.

Dalam keadaan lapar, kita terdorong untuk makan lebih banyak - bermakna lebih banyak kalori dan lemak dalam badan. Akibatnya, masalah berat badan kita tidak mungkin selesai dan mungkin lebih buruk.

Banyakkan Serat dan Bijirin

Ramai beranggapan menyediakan sarapan berkhasiat mengambil banyak masa. Ia tidak semestinya betul.

Demi kesihatan, apa salahnya kita beralih daripada kebiasaan kepada sandwic roti berserat tinggi atau bijirin diperkaya vitamin serta susu dan buah-buahan segar boleh dihidang di atas meja dalam beberapa minit saja. Jika tidak sempat makan di rumah, bawalah bekal yang sudah disediakan ini ke tempat kerja.

Makanan kaya serat penting untuk melawaskan sistem perkumuhan dan mengawal berat badan. Untuk meningkatkan pengambilan serat harian, ambillah bijirin sarapan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Awal tahun ini, ada baiknya jika kita memulakan tabiat baru dengan mengamalkan pengambilan sarapan yang sihat secara teratur. Caranya, sediakan bahan-bahan sarapan sebelum masuk tidur dan bangun awal setengah jam supaya anda boleh menikmati hari cemerlang!